Tuesday, June 27, 2023

Eksperimen: Hidroponik Bekas Aiskrim

 


Satu eksperimen tidak rasmi telah kami (guru dan ahli kelab PALS) untuk melihat kebolehjadian tanaman sayur dalam bekas aiskrim.

Pemerhatian hari ini (28 Jun 2023) dilakukan dengan membandingkan tanaman eksperimen dengan tanaman kawalan menunjukkan tiada perbezaan di antara kedua-dua kumpulan tanaman.

Diharap eksperimen ini akan membuahkan hasil agar lebih ramai murid dapat merasai tanaman hidroponik pada masa akan datang.

Dilaporkan oleh:

Tan Kan Tsai
Guru Penasihat PALS

28 jun 2023

Pemindahan anak sayur ke taman hidroponik

 

Hari ini kami memindahkan anak sayur sawi kerinting ke taman hidroponik. 


Dilaporkan oleh:

Natasya

S/U Kelab Pencinta Alam Sekitar

SK Trusan

21 Jun 2023



Tuesday, June 6, 2023

PALS ECO BAG (MARI KITA MEMBUAT ECO BAG BERSAMA-SAMA)


Tarikh: 11 Mei 2023
Masa: 2 - 4 petang

Kami telah membuat eco bag pada petang Khamis itu. Berikut merupakan laporan ringkas kami.

Bahan-bahan:
1. Pembalut kertas A4
2. Pita pelekat
3. Marker warna
4. Penebuk kertas
5. Tali
6. Kertas warna
  • Cara-cara membuat ECO BAG,kita perlukan pembalut kertas A4  selepas itu lipat kan di tepi pembalut kertas A4 dan kita perlu pita pelekat untuk lekatkan kertas di eco bag itu.


Kemudian,kami melukis dan mewarna di kertas untuk lekatkan di eco bag dan hiaskan eco bag tersebut.Kami juga memberi amaran untuk semua orang supaya membuang sampah di tempat yang betul.Kita mestilah membuang sampah di tempat yang betul supaya tidak ada sampah di mana-mana tempat awam.Kita juga harus bertanggung jawap atas kesalahan yang kita lakukan.