Tuesday, November 29, 2022

Laporan Pemerhatian Ke-5 (Minggu Ke-3)



Esperimen ini sangat menarik. Daripada eksperimen ini kami telah mempelajari beberapa pekara:

  1. Sayur yang ditanam dalam hidroponik sangat subur. Ini adalah kerana airnya yang mengalir 
  2. sayur yang ditanam di dalam botol kurang subur tetapi semakin subur. Kerana lumut boleh tumbuh dalam air yang tidak mengalir 
  3. Sayur aquapomik tidak subur. Sesetengah dah layu. ini adalah kerana akarnya dimakan ikan dalam akuarium. Eksperimen seterusnya harus memastikan akar sayur tidak dimakan ikan.


Dilaporkan pada 1 Disember 2022 oleh:

  1. Olivia Sara (Tahun 5)
  2. Nur Darwisya Damia (Tahun 5)

Wednesday, November 23, 2022

Bengkel Pengurusan Blog Kelab PALS

 


Pada hari ini kami telah belajar untuk membuat laporan aktiviti menggunakan blog kelab PALS. Apabila blog ini digunakan untuk membuat laporan, penggunaan kertas dapat digunakan. Ini seterusnya menyokong pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Marilah kita sama-sama memelihara dan memulihara alam sekitar!

Dilaporkan oleh: 
  1. Nurizwan
  2. Sovincent Asut
  3. Muhd Danish Kerdin
Pada 24 November 2022

permerhatian tanaman alam sekitar

Pada hari ini, kami telah mengukur panjang sayur sawi 
dan melaporkannya kepada cikgu Tan....

Hasil pemerhatian kami:
  1. akar tanaman dalam akuarium telah dimakan ikan
  2. air tanaman dalam botol telah bertukar menjadi hijau


dilaporkan oleh:
  1. Olivia Sara
  2. Nur Darwisya Damia
  3. Nur Amira Farhana
  4. DK Nurul Asfa Iwani

Pada 24 November 2022

Tuesday, November 22, 2022

Video Pembentangan Ringkas Tanaman Hidroponik SK Trusan


Murid-murid dibimbing untuk menterjemahkan idea dan pengetahuan mereka tentang tanaman hidroponik kepada bentuk ayat-ayat verbal. Ini kerana pembudayaan Kelab PALS di sekolah tidak boleh fokus kepada guru-guru semata-mata, tetapi harus memfokuskan kepada kemenjadian murid.

Ini adalah selaras dengan program TS25 yang memberi fokus kepada peningkatan kemenjadian murid  dengan mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan, pengurusan dan kepimpinan Kelab PALS di sekolah.


Dimuat-naik oleh: Tan Kan Tsai (23 November 2022)

 

Monday, November 21, 2022

Laporan Pemerhatian Eksperimen (Minggu ke-2)

 

Hasil Pemerhatian Eksperimen (Minggu ke-2)

Daripada pemerhatian hari ini, tanaman-tanaman itu menampakkan perbezaan yang cukup ketara.

Walaupun tanaman dalam botol itu mempunyai larutan yang sama dengan larutan dalam tangki (yang digunakan oleh tanaman kawalan), tetapi juga menunjukkan hasil yang sangat berbeza. Ini mungkin adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti:

1. Suhu air/larutan (Apabila dirasa dengan jari, amat jelas bahawa suhu air/larutan dalam botol adalah suam berbanding air/larutan tanaman kawalan yang sedikit sejuk)

2. Air yang mengalir (air tanaman kawalan adalah mengalir, berbanding air dalam botol yang tenang)


Dilaporkan oleh: Tan Kan Tsai (22 November 2022)


Thursday, November 17, 2022

Eksperimen Hidroponik & Aquaponik: Pemerhatian Ke-2 (Minggu 1)


Pada hari ini, PALS RANGERS telah membuat pemerhatian ke-2 dalam eksperimen yang telah dimulakan pada minggu lepas.


Terdapat 2 eksperimen yang dijalankan oleh PALS RANGERS. Eksperimen yang pertama adalah untuk melihat sekiranya terdapat perbezaan tanaman hidroponik dalam botol dan tanaman hidroponik di sistem hidroponik sekolah. 

Pembolehubah dimanipulasi: tempat tanaman (iaitu air mengalir dan tidak mengalir)



Eksperimen kedua adalah untuk melihat sekiranya tanaman dalam akuarium ikan secara akuaponik boleh memberikan hasil yang sama dengan hidroponik. 

Pembolehubah dimanipulasi: Nutrien tanaman (iaitu menggunakan larutan A&B dan kumuhan ikan sebagai baja).

Daripada hasil pemerhatian 1 yang dijalankan pada 14 Jun 2022, didapati tanaman di dalam botol dan aquaponik mempunyai batang yang lebih panjang sementara tanaman di sistem hidroponik (tanaman kawalan) mempunyai daun yang lebih besar.


Dapatan pemerhatian 1 ini disokong oleh pemerhatian 2 (pada 17 Jun 2022) apabila jelas didapati tanaman dalam sistem hidroponik (tanaman kawalan) mempunyai daun yang jauh lebih besar. Manakala tanaman di dalam botol dan akuaponik mempunyai batang yang lebih panjang.

Hipotesis: Murid-murid membuat hipotesis bahawa ini adalah disebabkan oleh cahaya matahari. Tanaman dalam botol dan aquaponik telah diletakkan di dalam bilik guru (yang mempunyai cahaya matahari terhad). Oleh itu, PALS RANGERS membuat keputusan untuk memindahkan semua tanaman itu ke rumah hijau. Dengan ini, semua tanaman itu akan menerima cahaya matahari yang sama dalam persekitaran yang hampir serupa.

Pemerhatian seterusnya ialah pada 21 November 2022


Dilaporkan oleh: Tan Kan Tsai (17 November 2022)

Wednesday, November 16, 2022

Penubuhan Blog Kelab PALS SK Trusan!

KELAB PALS 2022


Kelab PALS SK Trusan telah dipilih oleh barisan pentadbir untuk dijadikan sebagai kebitaraan sekolah. Kebitaraan sekolah merujuk kepada bidang kepakaran dan keistimewaan yang membezakan sesebuah sekolah dengan sekolah-sekolah yang lain.

Dengan kata lain, Sekolah Kebangsaan merupakan sebuah sekolah yang mengutamakan penyemaian nilai cinta akan alam sekitar dalam diri murid-muridnya. Antara program yang pernah dilaksanakan oleh pihak sekolah di bawah Kelab PALS ini adalah seperti Program Pembudayaan Kompos, Eksperimen Hidroponik dalam botol, dan Eksperimen Aquaponik.

Dalam program-program seperti ini murid-murid terlibat secara langsung dalam program-program alam sekitar dan seterusnya membina sikap ke arah memelihara dan memulihara alam sekitar.

Dengan penubuhan blog ini, murid-murid akan dilibatkan sebagai "penulis" blog secara tidak langsung mempelajari kemahiran menulis dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi. Selain itu, segala aktiviti yang dilaksanakan di bawah Kelab PALS ini akan dilaporkan secara online, secara tidak langsung mengurangkan penggunaan kertas selaras dengan slogan:

"Reduce Paper, Toward Greener Earth"

Ditulis oleh: Tan Kan Tsai (17 Nov 2022)