Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) telah mengadakan satu bengkel bertajuk "Pencil Holder with Countdown Timer" pada 15 Julai 2024 (Isnin). Bengkel ini dilaksanakan sebagai satu aktiviti bagi menerapkan nilai alam sekitar pada ahli-ahlinya di samping melaksanakan Projek Innovation for Nature (I4N).
Melalui bengkel ini, murid-murid mempelajari konsep 3S iaitu "Recycle, Reuse and Reduce" dengan mengitar semula tin aluminium menjadi Pencil Holder. Usaha ini diharap dapat mengurangkan sampah sarap yang pergi ke pusat pembuangan sampah, dan seterusnya memelihara dan memulihara alam sekitar.
Bukan sahaja itu, murid-murid juga diajar tentang pengaturcaraan (iaitu coding) yang dilakukan menggunakan komputer dan Micro:bit. Ini merupakan pengetahuan dan kemahiran baru yang perlu dipelajari oleh murid-murid abad ke-21 seperti kami.
Langkah penghasilan projek ini telah kami dokumentasikan dalam sebuah modul (yang mana boleh diakses dalam e-library SK Trusan). Sebanyak 12 modul akan kami hasilkan pada tahun ini. Kesemua 12 modul ini akan digabungkan dan diterbitkan sebagai sebuah buku (dalam Projek I4N). Terima kasih Yayasan Petronas atas sumbangan dana kepada SK Trusan.
Dilaporkan oleh:
Nur Amira
AJK Kelab PALS
16 Julai 2024
Disemak dan disunting oleh:
Tan Kan Tsai
Guru Penasihat Kelab PALS,
Penolong Kanan Pentadbiran.
Penolong Kanan Pentadbiran.
16 Julai 2024
#yayasan petronas