Friday, September 6, 2024

Projek 5: Meter Pencemaran Bunyi

 


Dalam sesi projek kali ini, kami mempelajari bahawa pencemaran bunyi juga boleh memberi kesan kepada alam sekitar seperti mengganggu keseimbangan ekosistem. Itulah sebabnya kurangnya haiwan liar berdekatan dengan bandar-bandar dan tempat tinggal manusia.

Haiwan seperti katak menggunakan bunyi untuk menarik perhatian pasangannya untuk membiak. Pencemaran bunyi boleh menyebabkan katak sukar untuk membiak dan mungkin menghadapi risiko kepupusan.

Untuk projek kali ini, kami membuat "Sound Polllution Meter" menggunakan Microbit. Microbit menerima bunyi dan kemudiannya plot graph dari 0 hingga 255. Kami seronok membina projek ini kerana ia mudah dan kami boleh membina "badan"nya secara kreatif. Ada yang membuat bentuk radio, iphone dan juga TV.


Sebanyak 12 projek dirancang untuk dilengkapkan sepanjang tahun ini di bawah tajaan Yayasan Petronas sebanyak RM20,000. Kesemua projek-projek ini akan diterbit dan dicetak untuk disebarkan ke sekolah-sekolah lain di Malaysia. Terima Kasih #yayasanpetronas



Sila lihat karya/ modul kami dalam e-library SK Trusan.

Sila lihat karya/ modul kami dalam e-library SK Trusan.


Dilaporkan oleh:
Dayangku Nurul Asfa Iwni Binti Awangku Mohd. Munir
AJK Kelab PALS
6 September 2024

Disemak oleh:
Tan Kan Tsai
Penolong Kanan Pentadbiran &
Guru Penasihat Kelab PALS
7 September 2024


Gambar-gambar lain: