Tuesday, October 22, 2024

Projek 6: Smart Dustbin | Pengenalan kepada kecerdasan Buatan

 


Tarikh: 17 Oktober 2024, Hari Khamis

Pada hari ini, kami belajar membuat satu projek yang istimewa iaitu "Smart Dustbin". Projek ini dihasilkan dengan menggunakan 2 komponen utama iaitu Ultrasonic Sensor dan Servo Motor.

Dengan menghubungkan komponen-komponen itu dengan microbit, kami telah menghasilkan tong sampah yang mampu buka sendiri secara automatik apabila mengesan tangan seseorang mendekatinya.

Pemasangan litarnya juga tidak terlalu rumit. iaitu seperti rajah di bawah ini.


Di sini kami belajar bahawa Kecerdasan Buatan dihasilkan dengan mengaplikasikan sesuatu sensor untuk menerima data. Kemudian, data-data ini dianalisis untuk merangsang sesuatu tindakan. SANGAT MENARIK!

Projek ini merupakan salah satu projek yang dihasilkan dalam Innovation for Nature Projek yang ditaja oleh Yayasan Petronas sebanyak RM20,000. Di akhir projek ini, SK Trusan akan menerbitkan senaskhah buku. Sila lihat modul-modul yang akan diterbitkan dalam e-library SK Trusan.



Dilaporkan oleh:
MUHAMMAD MUKHRIS BIN OMAR
Ahli Kelab PALS
22 Oktober 2024


Disemak oleh:
TAN KAN TSAI
Guru Penasihat Kelab PALS &
Penolong Kanan Pentadbiran
SK Trusan
22 Oktober 2024


Monday, October 21, 2024

Projek 6: Kinetic Racing Car | Mari berlumba

Pada 2 Oktober yang lepas, kami telah menghasilkan satu lagi projek iaitu "Kinetic Racing Car". Projek ini sangat menyeronokkan di mana kami telah mempelajari Sains di sebalik kereta mainan ini. Kereta ini digerakkan dengan "Newton's Third Law of Motion" iaitu daya tolakan angin yang keluar daripada belon itu adalah sama dengan daya tolakkan angin dari belakang terhadap kereta itu. Daya tolakan angin itu pula adalah terhasil daripada tenaga keupayaan yang disimpan dalam belon itu.


Ini merupakan projek keenam yang telah kami hasilkan dalam "Innovation for Nature Project" yang ditaja oleh Yayasan Petronas sebanyak RM20,000. Di akhir projek ini, kami akan menerbitkan senaskhah buku yang akan merekodkan kesemua projek yang dihasilkan sepanjang tahun ini. Sila lihat modul-modul yang telah kami hasilkan dalam e-library SK Trusan.


Dilaporkan oleh:
Eunissa Christiara Was
Ahli Kelab PALS
SK Trusan
21 Oktober 2024

Disemak dan disunting oleh:
Tan Kan Tsai
Guru Penasihat Kelab PALS &
Penolong Kanan Pentadbiran
SK Trusan
22 Oktober 2024