Tarikh: 17 Oktober 2024, Hari Khamis
Pada hari ini, kami belajar membuat satu projek yang istimewa iaitu "Smart Dustbin". Projek ini dihasilkan dengan menggunakan 2 komponen utama iaitu Ultrasonic Sensor dan Servo Motor.
Dengan menghubungkan komponen-komponen itu dengan microbit, kami telah menghasilkan tong sampah yang mampu buka sendiri secara automatik apabila mengesan tangan seseorang mendekatinya.
Pemasangan litarnya juga tidak terlalu rumit. iaitu seperti rajah di bawah ini.
Di sini kami belajar bahawa Kecerdasan Buatan dihasilkan dengan mengaplikasikan sesuatu sensor untuk menerima data. Kemudian, data-data ini dianalisis untuk merangsang sesuatu tindakan. SANGAT MENARIK!
Projek ini merupakan salah satu projek yang dihasilkan dalam
Innovation for Nature Projek yang ditaja oleh Yayasan Petronas sebanyak RM20,000. Di akhir projek ini, SK Trusan akan menerbitkan senaskhah buku. Sila lihat modul-modul yang akan diterbitkan dalam
e-library SK Trusan.
Dilaporkan oleh:
MUHAMMAD MUKHRIS BIN OMAR
Ahli Kelab PALS
22 Oktober 2024
Disemak oleh:
TAN KAN TSAI
Guru Penasihat Kelab PALS &
Penolong Kanan Pentadbiran
SK Trusan
22 Oktober 2024