Monday, August 26, 2024

Projek 4: Mini Vacuum dengan Botol Plastik!


Selain "Dancing Robot" kami juga telah menghasilkan "Mini Vacuum' iaitu Pembersih Hampagas pada 14 ogos 2024 yang lepas. penghasilan Mini Vacuum ini juga menarik. Walaupun menggunakan komponen yang sama (iaitu DC motor dan Microbit) tetapi menggunakan prinsip Sains yang berbeza.
Dancing Robot menggunakan getaran, manakala Mini vacuum pula menggunakan tekanan udara.

Jika anda berminat untuk mengetahui secara lebih lanjut tentang projek kami ini, bolehlah melayari e-library SK Trusan


Sebanyak 12 projek akan dilaksanakan sepanjang tahun ini (2024) di bawah Projek "Innovation for the Nature". Projek ini adalah ditaja oleh Yayasan Petronas sebanyak RM20 000. Di akhir projek ini, sebuah buku yang mengandungi 12 modul projek alam sekitar akan dihasilkan dan diterbitkan.

Dilaporkan oleh:
Dayangku Nurul Asfa Iwni Binti Awangku Mohd. Munir
AJK Kelab PALS
23 Ogos 2024

Disemak & disunting oleh:
Tan Kan Tsai
Penasihat Kelab PALS &
Penolong Kanan Pentadbiran
27 Ogos 2024
 
Dikemaskini pada: 7 September 2024

Monday, August 19, 2024

Projek 3: Dancing Robot


Kami telah berjaya menyiapkan projek "Dancing Robot" pada hari Rabu yang lepas (14 Ogos 2024). Robot ini senang dihasilkan tetapi sangat senorok apabila melihatnya berfungsi dan menari.

Rupanya robot ini boleh bergerak! Cikgu sains kami berasa takjub dan bertanya "Bagaimana ia boleh bergerak walaupun tidak mempunyai roda?"

Jawapan kami, "ia bergerak melalui getaran yang dihasilkan daripada "unbalanced centrifugal force".

Modulnya telah kami siapkan! Boleh lihat dalam e-library kami di sini.


Laporan oleh:

Nur Amira
Ahli Kelab PALS 2024
20 Ogos 2024


Disemak oleh:

Tan Kan Tsai
Penolong Kanan Pentadbiran &
Guru Penasihat Kelab PALS
20 Ogos 2024


Video:

Monday, July 15, 2024

Projek 2: Pencil Holder with Countdown Timer!

 


Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) telah mengadakan satu bengkel bertajuk "Pencil Holder with Countdown Timer" pada 15 Julai 2024 (Isnin). Bengkel ini dilaksanakan sebagai satu aktiviti bagi menerapkan nilai alam sekitar pada ahli-ahlinya di samping melaksanakan Projek Innovation for Nature (I4N).
    Melalui bengkel ini, murid-murid mempelajari konsep 3S iaitu "Recycle, Reuse and Reduce" dengan mengitar semula tin aluminium menjadi Pencil Holder. Usaha ini diharap dapat mengurangkan sampah sarap yang pergi ke pusat pembuangan sampah, dan seterusnya memelihara dan memulihara alam sekitar.

    
Bukan sahaja itu, murid-murid juga diajar tentang pengaturcaraan (iaitu coding) yang dilakukan menggunakan komputer dan Micro:bit. Ini merupakan pengetahuan dan kemahiran baru yang perlu dipelajari oleh murid-murid abad ke-21 seperti kami.
Langkah penghasilan projek ini telah kami dokumentasikan dalam sebuah modul (yang mana boleh diakses dalam e-library SK Trusan). Sebanyak 12 modul akan kami hasilkan pada tahun ini. Kesemua 12 modul ini akan digabungkan dan diterbitkan sebagai sebuah buku (dalam Projek I4N). Terima kasih Yayasan Petronas atas sumbangan dana kepada SK Trusan.

Dilaporkan oleh:
Nur Amira
AJK Kelab PALS
16 Julai 2024

Disemak dan disunting oleh:
Tan Kan Tsai
Guru Penasihat Kelab PALS,
Penolong Kanan Pentadbiran.
16 Julai 2024

#e-library SKT
#yayasan petronas

Wednesday, June 12, 2024

Projek 1: Eco-bag, Beg Mesra Alam Pelbagai Guna



Bengkel Eco-bag ini telah dilaksanakan pada 12 Jun 2024. Seramai 9 orang ahli Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) telah hadir dan mengikuti bengkel penghasilan Eco-bag ini.
    
Sebanyak 12 projek akan dilaksanakan sepanjang tahun ini (2024) di bawah Projek "Innovation for the Nature". Projek ini adalah ditaja oleh Yayasan Petronas sebanyak RM20 000. Di akhir projek ini, sebuah buku yang mengandungi 12 modul projek alam sekitar akan dihasilkan dan diterbitkan.

Langkah-langkah penghasilan eco-bag ini telah dimasukkan dalam Modul Eco-bag (draf sahaja). Modul ini boleh dirujuk dalam e-library SK Trusan.


Dilaporkan oleh:
Nur Arissa
Setiausaha Kelab PALS 2024
13 Jun 2024

Disemak dan disunting oleh:
Tan Kan Tsai
Guru Penasihat Kelab PALS,
Penolong Kanan Pentadbiran.
13 Jun 2024


Monday, June 10, 2024

Permulaan Projek Innovation for the Nature!

SK Trusan telah mendapat tajaan sebanyak RM20,000 daripada Yayasan Petronas untuk melaksanakan Projek "Innovation for the Nature". Projek ini sememangnya akan mentransformasi persekitaran sekolah serta aktiviti Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) menjadi lebih dinamik dan menyeronokkan.

Dari kiri: Cg.Christina Ting (Duta Guru Kohort 1),
Cg.Abdul Rahman (GB) & Cg.Tan Kan Tsai (PK1)

Pada hari ini (11 Jun 2024), satu perbincangan telah diadakan untuk membincangkan secara terperinci perlaksanaan projek ini. Diharap projek ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan memberi impak yang positif kepada persekitaran pembelajaran murid-murid di sekolah.

Dilaporkan oleh:

Tan Kan Tsai
Guru Penasihat Kelab PALS &
Penolong Kanan Pentadbiran
11 Jun 2024