 |
Rajah 1: Hidroponik dalam Bekas Aiskrim |
Percubaan untuk menanam Sawi Kerinting secara hidroponik menggunakan bekas aiskrim telah berjaya dilakukan oleh ahli kelab PALS yang dibimbing oleh Cg. Syarkinah dan Cg. Tan di SK Trusan. Percubaan ini dilakukan sebagai satu eksperimen mudah untuk melihat kebolehjadian tanaman hidroponik menggunakan bekas aiskrim.
Dalam eksperimen ini, pembolehubah-pembolehubah yang telibat adalah seperti berikut:
- Pembolehubah dimalarkan: (1) air, (2) sayur dan (3) cahaya matahari.
- Pembolehubah dimanipulasi: (4) tempat tanaman (bekas aiskrim / batang paip); (5) pengaliran air (tiada / ada)
- Pembolehubah bergerak balas; (6) kesuburan Sawi kerinting
Hasilnya adalah seperti Rajah 2 di bawah di mana tiada sebarang perbezaan yang ketara dapat diperhatikan antara hidroponik dalam bekas aiskrim dengan tanaman kawalan.
 |
Rajah 2: Perbandingan Tanaman secara Pemerhatian |
Oleh kerana kejayaan ini, Kelab PALS akan melaksanakan satu Projek Hidroponik Bekas Aiskrim peringkat sekolah pada masa akan datang di mana kami mensasarkan supaya semua murid dapat merasa sendiri keseronokkan menanam secara hidroponik (menggunakan bekas aiskrim). Projek ini akan kami dokumentasikan dan diterbitkan dalam sebuah buku sebagai rujukan semua pihak.
Dilaporkan oleh:
Tan Kan Tsai
Guru Penasihat Kelab PALS
SK Trusan
Pada: 18 Julai 2023